NADI Keusahawanan : Konsep Kapal Terbang Untuk Mengembangkan Perniagaan Kecil
29 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2025, Program NADI Keusahawanan ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai “Konsep Kapal Terbang” sebagai pendekatan mudah difahami dalam merancang dan mengembangkan perniagaan kecil. Konsep ini menggunakan analogi kapal terbang untuk menjelaskan strategi perniagaan yang kukuh, seimbang dan mampu berkembang.Melalui konsep ini, peserta dapat memahami bahawa kejayaan perniagaan kecil memerlukan keseimbangan antara produk, pemasaran, pengurusan dan sumber. Program ini berjaya memberi inspirasi serta panduan praktikal kepada usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka secara strategik dan berdaya tahan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: